Showing posts with label Dokumen. Show all posts
Showing posts with label Dokumen. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

♥ 40! ♥

Assalamualaikum w.b.t


Salam Aidiladha semua!! Maaf lambat wish. Biasa la bila kat umah mana nak update blog ni. hehe. Kali ini punya entry sepatutnya entri untuk beberapa hari  yang lepas. Bersamaan dengan hari pertama Hari Raya Qurban. Cuma nak cerita bilangan hari yang makin sedikit. haha..ce tengok..



Makin meniti hari makin debar pulak.hehe. Alhamdulillah setelah beberapa hari kami diselubungi masalah yang tidak disangka-sangka, kami dapat mengatasinya dengan baik dan Inn dapat rasa perasaan kami makin berkembang. Terima kasih kerana kehadiran kalian menambahkan rasa cinta dan sayang antara kami selain menyedarkan kami betapa kami saling memerlukan untuk sokongan.

Jom kita cerita raya pulak! Raya haritu macam kebiasaan Inn sekeluarga pergi memasak dekat rumah nenek. Dekat je. Nak jalan kaki pun boleh. hehe. Menu utama kami sambal goreng, kari ayam dan rendang daging! Peh! Mantap habis! hehe. Tahun depan macam mana raya kita ek? huhu. Malam raya tu, kami buat BBQ ayam, udang, ikan dan sotong. Yang paling laku sotong BBQ! Sedap banget! hehe. Masa hari raya pulak sempat pergi rumah sedara dekat Teluk Kerang je. Dua rumah je tapi sampai ke petang. Ngantuk giler hokey!! 

Esoknya tak pergi mana-mana pun. Duduk rumah siapkan doorgift! Tolong mak isikan doorgift. Dah siap separuh. Lagi separuh tak sempat nak tolong sebab kena balik KL semula. huhu. Next Inn balik bulan 12 nanti la. Terus cuti panjang. Dah tak lama kan. Dokumen nikah pun dah siap! Dah boleh nikah! hehe. C u guys later!

p/s: Mencari masa yang sesuai untuk membalas gurauan En Tunang. haha

Thursday, October 27, 2011

♥ 50! ♥

Assalamualaikum w.b.t


Hai sume!! Sihat x? Inn alhamdulillah sihat. Hari ini hari istimewa buat tunang Inn!! Hari ini HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN buat Fauzi sayang..  ^_^ v (petang nanti nak date..hehe...) SELAMAT HARI ULANG TAHUN SAYANG..
Semoga segala doa abang dimakbulkan Allah dan masjid yang bakal kita bersama sentiasa di bawah lindungan rahmah wa mawaddah Illahi. AMEEN.



plus


Nampak x? Tinggal 50 hari lagi!! Wah!!! Semakin dekat!! hehe.. Hana lagi 30 hari kan.. Dah tak lama tu..hehe...

Progres wedding Inn setakat ni alhamdulillah banyak dah konfem kan cuma tak tahu bila tiba hari kejadian macam mana nanti. Tapi rasanya tak banyak progres pun..haha.. Jom kita cek!

Kad jemputan
Baru siap 500 keping..Lagi 500 keping lagi dalam proses printing (DIY)

Baju nikah
Hujung bulan 11 baru amik...(lambat kan...huhu..)

Set pelamin
Dah konfem cuma ada masalah dengan pelamin la...Vendor kena amik ukuran dewan..Kena sedia dengan Plan B!! Baju haritu ada masalah gak. Baju yang Inn pilih dah ada orang book sebelum Inn (tapi tak tau la betul ke tak..huhu...redha jela..)

Fotografi
Dah bayar deposit (ni En Tunang yang uruskan)

Tudung + Veil + Kasut
Hujung bulan 11 baru cari...hehe..

Dokumen nikah
SELESAI!

Katering + Khemah
Mak ayah yang uruskan (katanya dah tempah)

Doorgift
Nak pergi amik hujung minggu ni...

Honeymoon
Tangguh dulu.. ^_^

Hantaran
Tinggal nak beli set pencuci muka + kek + cupcakes + buah + coklat

Kek Kahwin
Wana nak tolong buatkan (rasa yakin sket..hehe)

Pengapit
Hmm..mak suruh tukar pengapit tapi tak sampai hati nak cakap dengan kawan tu.. Mak suruh tukar sebab takut pengapit akan overshadow pengantin yang tak seberapa cantik ni.. huhu..Pengapit ni memang pandai bergaya tapi takkan sebab tu nak kena tukar kan.. Apa pandangan korang?

Lain-lain
Benda-benda kecik pun kena amik kira kan
Stoking, Inner, Jarum Peniti, lagi ape ek?

Banyak lagi yang KIV lagi..takpe..kita buat pelan2 kan..rasa tak sabar nak edar kad jemputan..hehe..

Friday, October 7, 2011

♥ 70! ♥

Assalamualaikum w.b.t






Dah masuk bulan 10 dan tinggal lagi 70! hari sebelum penyatuan dua hati terlaksana. hehe..xbanyak progress sebenarnya. Kad masih belum start cetak. Last minute banyak pulak perubahan termasuk la map. huhu. Nak tak nak minggu ni kena setelkan draf kad kalo nak siapkan kad tu sebelum Deepavali nanti. Inn dah siap-siap ambil cuti dalam minggu Deepavali tu nanti sebab nak uruskan dokumen nikah. InsyaAllah. Alhamdulillah kami berdua dah buat HIV test dan kedua-dua negatif.


Selamat Pengantin Baru buat semua bakal pengantin yang bakal melangsungkan majlis dalam bulan 10 ni!!
Barakallah alaikuma. ^_^


p/s: Ada hari penting dalam bulan 10 ni! hehe




Wednesday, September 21, 2011

HIV Test

Assalamualaikum w.b.t

Hai kawan-kawan. Apa khabar semua? Inn alhamdulillah sihat. Inn nak bagitau Inn dah buat ujian HIV. Hari Isnin lepas Inn amik cuti. ( Ni gara-gara malas nak balik KL dan kononnya nak tunjuk protes..hahaha ). Jadi, bila dah cuti Inn pergi la Klinik Kesihatan Pontian. Ramainya orang kat situ.. huhu.. Sampai-sampai Inn terus pergi kaunter. Part ni yang Inn tak suka. Staf klinik tu tak mesra alam langsung. Dah la dok borak pastu tak senyum. Orang tanya muka tak pandang pun. Plus info yang dia bagi tak betul tau! Terpaksa Inn tunggu lama-lama sebab staf tu tak bagi info dengan betul. Dah dok tercongok kat klinik tu lama-lama. Rupa-rupanya kena isi borang. Dah lama dok situ baru tanya kat nurse lain. Ceh! Nasib baik sempat buat rawatan gigi. Hehe.
(faham tak cite Inn ni?? hehe..)

Masa doktor ambil darah tu Inn boleh melatah pulak. Terkejut punya pasal. Hahaha!! Buat malu je. Hehe. Inn nak tanya la.. Lepas buat HIV test tu memang tak dapat pape ubat ea. Aritu ada terbaca satu blog. Dia dapat ubat untuk kuatkan rahim ke apa. Hmm.. Rasa macam nak buat HIV test lagi sekali je. huhu..


Banyak lagi benda tak setel ni. Nak hantar borang nikah bulan 10 nanti. Boleh

ambil cuti panjang sket. ^_^




Saturday, September 17, 2011

♥ 90! ♥

Assalammualaikum w.b.t

90!


TERUJA!!! EXCITED!!!

Nampaknya tinggal 90 hari sebelum hari akad nikah kami berdua. ^_^ Berdebar rasanya. Ada beberapa persiapan yang Inn buat masa cuti ni.. Inn dah pergi ke butik pengantin untuk confirm kan tempahan Inn. Alhamdulillah Inn dah terangkan apa yang Inn nak. InsyaAllah akan bekerjasama dengan vendor baik-baik.

Perkara kedua yang Inn buat ialah isi borang permohonan kahwin la..hehe..En tunang dah tolong belikan borang. Semalam Inn pergi beraya dengan mak en tunang. Jadi, en tunang bagi sekali borangnya. Untuk pasangan yang sama-sama dari Johor hantar borang kena sama-sama (menurut kata en tunang la). Jadi, kami kena la cari masa yang sesuai dengan jadual harian kami. Nanti Inn upload gamabar borang ek. Hehe.

p/s: Jadi teruja bila tengok bilangan hari berkurangan dan dapat buat tempahan butik tadi. Hahha

Wednesday, September 14, 2011

♥ Good Luck Sayang!! ♥

Assalamualaikum w.b.t

Masih dalam mood raya lagi? Jemput datang umah Inn Ahad ni ye..Ada buat makan-makan sikit anjuran kakak-kakak Inn yang rajin ni..hehe.. Ni sampingan je tapi boleh ucap "GOOD LUCK" juga pada kakak-kakak ni semoga perjalanan majlis lancar hendaknya. Ameen.

Inn nak ucap SEMOGA BERJAYA kepada En Bakal Suami yang saaaangattttt Inn sayang..


En Tunang dah mula kuliah semalam.. Tapi balik kelas terus lepak..hehe..Cian dia penat. Kena ulang-alik JB - Pontian.. Amik masa dalam 30min - 45min perjalanan.. Naisb baik ada kawan maktab dulu join sekali isitu pasangan suami isteri Piju + Ayu (Hana kenalkan..hehe..) Jadi, Inn kena biasakan dengan rutin baru En Tunang. Tak leh nak gedik2 merajuk tak tentu pasal.. hehe.. Lagi pening pale En Tunang tu nanti.. Hehe..

Inn dah buat tempahan kad kahwin..

Alhamdulillah orangnya peramah walaupun belum berkesempatan bersua muka. InsyaAllah dalam masa terdekat Inn akan cuba menjengah ke kedai beliau. Bayaran deposit telah pun dibayar. Menurut Kak Sarina, lepas bayaran dibuat, mereka akan terus buat draft pertama untuk kami. Jadi excited lak!! hehe.. Doakan urusan kami lancar ye. (Nasib baik Inn jenis yang tak cerewet sangat...tapi cerewet bab pakaian dan tudung..hahha...)

Nak share lagi.. En Tunang dah tolong amik kan borang nikah. Sekarang ni kena fikirkan masa yang sesuai untuk buat ujian HIV dan paling penting penggunaan cuti tahunan yang hanya tinggal 10 hari!!! Plus keje berlambak kat ofis sebab semua oran tinggalkan Inn sorang2 kat ofis...  :(
Semua orang cari keje lain dah...Tinggal Inn sorang.. takde yang nak teman ke??

Jumpa lain kali ye!! Selamat Pengantin Baru kepada yang bakal berlangsung majlisnye!! ^_^

 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates