Showing posts with label Kad Jemputan. Show all posts
Showing posts with label Kad Jemputan. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

♥ Jemputan Walimah Fauzi & Nazrin ♥

Assalamualaikum w.b.t

Dengan rasa rendah diri dan kesyukuran ke hadrat Illahi, kami
 Fauzi bin Sulehan dan Nazrin binti Fazri
 ingin menjemput rakan-rakan ke majlis perkahwinan kami pada
 17 Disember 2011 (Nazrin) dan 18 Disember 2011 (Fauzi).




Thursday, October 27, 2011

♥ 50! ♥

Assalamualaikum w.b.t


Hai sume!! Sihat x? Inn alhamdulillah sihat. Hari ini hari istimewa buat tunang Inn!! Hari ini HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN buat Fauzi sayang..  ^_^ v (petang nanti nak date..hehe...) SELAMAT HARI ULANG TAHUN SAYANG..
Semoga segala doa abang dimakbulkan Allah dan masjid yang bakal kita bersama sentiasa di bawah lindungan rahmah wa mawaddah Illahi. AMEEN.



plus


Nampak x? Tinggal 50 hari lagi!! Wah!!! Semakin dekat!! hehe.. Hana lagi 30 hari kan.. Dah tak lama tu..hehe...

Progres wedding Inn setakat ni alhamdulillah banyak dah konfem kan cuma tak tahu bila tiba hari kejadian macam mana nanti. Tapi rasanya tak banyak progres pun..haha.. Jom kita cek!

Kad jemputan
Baru siap 500 keping..Lagi 500 keping lagi dalam proses printing (DIY)

Baju nikah
Hujung bulan 11 baru amik...(lambat kan...huhu..)

Set pelamin
Dah konfem cuma ada masalah dengan pelamin la...Vendor kena amik ukuran dewan..Kena sedia dengan Plan B!! Baju haritu ada masalah gak. Baju yang Inn pilih dah ada orang book sebelum Inn (tapi tak tau la betul ke tak..huhu...redha jela..)

Fotografi
Dah bayar deposit (ni En Tunang yang uruskan)

Tudung + Veil + Kasut
Hujung bulan 11 baru cari...hehe..

Dokumen nikah
SELESAI!

Katering + Khemah
Mak ayah yang uruskan (katanya dah tempah)

Doorgift
Nak pergi amik hujung minggu ni...

Honeymoon
Tangguh dulu.. ^_^

Hantaran
Tinggal nak beli set pencuci muka + kek + cupcakes + buah + coklat

Kek Kahwin
Wana nak tolong buatkan (rasa yakin sket..hehe)

Pengapit
Hmm..mak suruh tukar pengapit tapi tak sampai hati nak cakap dengan kawan tu.. Mak suruh tukar sebab takut pengapit akan overshadow pengantin yang tak seberapa cantik ni.. huhu..Pengapit ni memang pandai bergaya tapi takkan sebab tu nak kena tukar kan.. Apa pandangan korang?

Lain-lain
Benda-benda kecik pun kena amik kira kan
Stoking, Inner, Jarum Peniti, lagi ape ek?

Banyak lagi yang KIV lagi..takpe..kita buat pelan2 kan..rasa tak sabar nak edar kad jemputan..hehe..

Friday, October 7, 2011

♥ 70! ♥

Assalamualaikum w.b.t






Dah masuk bulan 10 dan tinggal lagi 70! hari sebelum penyatuan dua hati terlaksana. hehe..xbanyak progress sebenarnya. Kad masih belum start cetak. Last minute banyak pulak perubahan termasuk la map. huhu. Nak tak nak minggu ni kena setelkan draf kad kalo nak siapkan kad tu sebelum Deepavali nanti. Inn dah siap-siap ambil cuti dalam minggu Deepavali tu nanti sebab nak uruskan dokumen nikah. InsyaAllah. Alhamdulillah kami berdua dah buat HIV test dan kedua-dua negatif.


Selamat Pengantin Baru buat semua bakal pengantin yang bakal melangsungkan majlis dalam bulan 10 ni!!
Barakallah alaikuma. ^_^


p/s: Ada hari penting dalam bulan 10 ni! hehe




Friday, September 30, 2011

Draf Kad Dah Siap!!

Assalamualaikum w.b.t

Update untuk hari terakhir bulan 9! Akhirnya draf untuk kad kahwin Inn dan En Tunang sampai ke dalam inbox emel Inn. Alhamdulillah!! Macam tau-tau je Inn nak merajuk kalau dia tak anta arini..hehe..kan Hana kan.. :p

Nak tengok tak? EXCITED walaupun risau..haha.. Ada beberapa kesalahan yang kena dibetulkan. Sekarang doa Inn supaya kad ni boleh siap pada masa nya.. Harap-harap sebelum Deepavali dah boleh dapat. Inn tempah banyak gak dari kedai ni.. Sebab Inn tempah banyak, kitorang dapat free gifts iaitu 1000 pcs thank you card dan bunting. Lepas tu ktorg tambah lagi 2000 pcs thank you untuk kedua-dua pihak dapat harga murah. Alhamdulillah..Rezeki. Inn bagi tengok muka depan je ea sebab isi dalam ada banyak salah. hehe..






Wednesday, September 14, 2011

♥ Good Luck Sayang!! ♥

Assalamualaikum w.b.t

Masih dalam mood raya lagi? Jemput datang umah Inn Ahad ni ye..Ada buat makan-makan sikit anjuran kakak-kakak Inn yang rajin ni..hehe.. Ni sampingan je tapi boleh ucap "GOOD LUCK" juga pada kakak-kakak ni semoga perjalanan majlis lancar hendaknya. Ameen.

Inn nak ucap SEMOGA BERJAYA kepada En Bakal Suami yang saaaangattttt Inn sayang..


En Tunang dah mula kuliah semalam.. Tapi balik kelas terus lepak..hehe..Cian dia penat. Kena ulang-alik JB - Pontian.. Amik masa dalam 30min - 45min perjalanan.. Naisb baik ada kawan maktab dulu join sekali isitu pasangan suami isteri Piju + Ayu (Hana kenalkan..hehe..) Jadi, Inn kena biasakan dengan rutin baru En Tunang. Tak leh nak gedik2 merajuk tak tentu pasal.. hehe.. Lagi pening pale En Tunang tu nanti.. Hehe..

Inn dah buat tempahan kad kahwin..

Alhamdulillah orangnya peramah walaupun belum berkesempatan bersua muka. InsyaAllah dalam masa terdekat Inn akan cuba menjengah ke kedai beliau. Bayaran deposit telah pun dibayar. Menurut Kak Sarina, lepas bayaran dibuat, mereka akan terus buat draft pertama untuk kami. Jadi excited lak!! hehe.. Doakan urusan kami lancar ye. (Nasib baik Inn jenis yang tak cerewet sangat...tapi cerewet bab pakaian dan tudung..hahha...)

Nak share lagi.. En Tunang dah tolong amik kan borang nikah. Sekarang ni kena fikirkan masa yang sesuai untuk buat ujian HIV dan paling penting penggunaan cuti tahunan yang hanya tinggal 10 hari!!! Plus keje berlambak kat ofis sebab semua oran tinggalkan Inn sorang2 kat ofis...  :(
Semua orang cari keje lain dah...Tinggal Inn sorang.. takde yang nak teman ke??

Jumpa lain kali ye!! Selamat Pengantin Baru kepada yang bakal berlangsung majlisnye!! ^_^

Wednesday, September 7, 2011

♥ 100 ♥

Assalamualaikum w.b.t


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua kawan. Masih dalam mood raya kan.. Jadi boleh ucap lagi kan.. hehe.. Biasa la bila dah dekat rumah mana sempat nak update blog ni.. Anak dara duduk dapur je.. Facebook pun bukak tak sampai 5minit.. hehe.. Konon rajin sangat la kan.. kihkih..


100!

Kalau ikut countdown yang ada tinggal lagi 100 hari sebelum majlis akad nikah Inn dan Pojie.. Kami berdoa agar segala perjalanan majlis berjalan lancar.. Tapi sebenarnya banyak lagi perkara yang tak selesai lagi.. Belum buat confirmation dengan butik pengantin yang Inn tempah tu.. Baju pun tak decide lagi tau..huhu.. Tiba-tiba rasa cuak lak.. :(

Kad pun tak tempah lagi.. Draf nak hantar ke kedai untuk Inn dah ada.. Tinggal tunggu En Bakal Suami uruskan draf untuk bahagian dia.. Sabtu ni insyaAllah akan selesaikan bahagian kad.. InsyaAllah ameen..

Untuk pengapit, Inn dah dapat cari orang.. Alhamdulillah kawan Inn setuju untuk jadi pengapit Inn.. Walaupun ktorg tak rapat sangat tapi ikatan persahabatan antara bapa kami tidak membataskan kami untuk bekerjasama.. Hehe.. Cantik orangnya.. :) Thanks Aja (Syaza Shaman) sebab sudi jadi Maid of Honor Inn!!

Ok la.. Tunggu next entry k!! Tak tau bila next update.. Hehe.. Raya-raya gak..Makan berpada-pada except untuk Inn la..hahhaha...Misi menambah berat badan bermula!! ^_^

XOXO


Wednesday, August 3, 2011

♥ Kad Jemputan Kahwin ♥

Assalamualaikum w.b.t

Selamat menyambut ramadhan kareem kawan2!!! (^_^)v

Arini hari ketiga kita semua berpuasa...siapa yang dah kurang bilangan hari berpuasa?? hehe..

Ok, arini kita dok bincang pasal kad jemputan. Inn baru nak tempah kad jemputan untuk walimah nanti. Inn dan En Tunang ada beberapa pilihan. Kalau nak ikutkan selera orang muda mesti la nak colourful kan..hehe..tapi kena consider pendapat orang tua sebab yang akan dijemput ramai kawan mak dan ayah. kawan kita sejemput je yang hadir..betul x? hehe..

Bawah ni ada beberapa pilihan dari Inn, Pojie dan mak. Jom tengok!!

Pilihan 1 -->
Pilihan Pojie :)

Pilihan 2 -->
Pilihan Inn + Pojie :)

Pilihan 3 -->
Pilihan mak, Inn dan kakak2 :)

Pilihan 4 -->
Pilihan Inn :)
(sebab kaler sweet n huruf NF tu leh rujuk pada Nazrin & Fauzi..hehe)

Pilihan 5 -->
Pilihan Inn gak :)
(sebab simple...tapi kena tukar kaler la kan...)


Yang mana satu pilihan kalbu? hehe..kad tu biar senang dibaca dan tulisan jelas terang. Lepas decide nak kad yang mana, baru ktorg leh buat draf dan tempah kad ni. kan..kan..kan...cepat vote!! :p

Selamat Menyambut Ramadhan...Semoga ramadhan kali ni membawa infiniti rahmat kepada semua umat Islam...Maaf jika Inn ada terkasar bahasa atau ape2 kesalahan.



 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates