Showing posts with label Doorgift. Show all posts
Showing posts with label Doorgift. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

♥ 40! ♥

Assalamualaikum w.b.t


Salam Aidiladha semua!! Maaf lambat wish. Biasa la bila kat umah mana nak update blog ni. hehe. Kali ini punya entry sepatutnya entri untuk beberapa hari  yang lepas. Bersamaan dengan hari pertama Hari Raya Qurban. Cuma nak cerita bilangan hari yang makin sedikit. haha..ce tengok..



Makin meniti hari makin debar pulak.hehe. Alhamdulillah setelah beberapa hari kami diselubungi masalah yang tidak disangka-sangka, kami dapat mengatasinya dengan baik dan Inn dapat rasa perasaan kami makin berkembang. Terima kasih kerana kehadiran kalian menambahkan rasa cinta dan sayang antara kami selain menyedarkan kami betapa kami saling memerlukan untuk sokongan.

Jom kita cerita raya pulak! Raya haritu macam kebiasaan Inn sekeluarga pergi memasak dekat rumah nenek. Dekat je. Nak jalan kaki pun boleh. hehe. Menu utama kami sambal goreng, kari ayam dan rendang daging! Peh! Mantap habis! hehe. Tahun depan macam mana raya kita ek? huhu. Malam raya tu, kami buat BBQ ayam, udang, ikan dan sotong. Yang paling laku sotong BBQ! Sedap banget! hehe. Masa hari raya pulak sempat pergi rumah sedara dekat Teluk Kerang je. Dua rumah je tapi sampai ke petang. Ngantuk giler hokey!! 

Esoknya tak pergi mana-mana pun. Duduk rumah siapkan doorgift! Tolong mak isikan doorgift. Dah siap separuh. Lagi separuh tak sempat nak tolong sebab kena balik KL semula. huhu. Next Inn balik bulan 12 nanti la. Terus cuti panjang. Dah tak lama kan. Dokumen nikah pun dah siap! Dah boleh nikah! hehe. C u guys later!

p/s: Mencari masa yang sesuai untuk membalas gurauan En Tunang. haha

Monday, October 31, 2011

Entri Terakhir?!

Assalamualaikum w.b.t

Haa....cuak tak tengok tajuk kat atas? (Perasan je...cam ramai je yang baca blog ni kan...hehe).. Tu sebenarnya merujuk pada entri terakhir untuk bulan 10 ni.. ^_^ Esok dah masuk bulan baru!!

Jom Inn cerita tentang progres perkahwinan Inn yang bakal berlangsung dalam masa sebulan lebih ni..huhu

Hari Sabtu lepas Inn dengan keluarga pergi ambil doorgift untuk majlis nanti. Alhamdulillah dah selesai bahagian ni.. ^_^ Balik cuti raya haji nanti boleh la tolong isi sikit-sikit doorgift ni. Lepas tu Inn sempat lagi beli set pencuci muka untuk hantaran nanti. Alhamdulillah masa beli tu tengah ada diskaun. Dapat la beli ikut bajet yang sedia ada..hehe..

Sekarang misi yang terdekat ialah mengedarkan kad jemputan. Inn cume ambil 50 keping untuk kawan-kawan yang dekat. Yang lain tu insyaAllah akan diberi juga. Jangan sedih atau kecik hati tau. ^_^

p/s: nak cuti lagi pleaseeee.... :p










 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates