Thursday, May 19, 2011

My e-Day

Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ini saya akan ceritakan serba sedikit tentang hari pertunangan saya dan en. tunang (Mr. F).. :)

Pada mulanya kami bersetuju untuk tidak bertunang. Hanya merisik dan hantar tanda untuk 'booking'. hehhe..Tapi jadi tunang bila mak saya minta cincin tanda sebagai tunang..hehhe..Kebiasaannya akan ada dulang hantaran pada majlis pertunangan kan. Tapi kami lebih kepada hadiah dan tidak mengikut mana-mana adat. Kebetulan tairkh yang kami pilih untuk ikat tali pertunangan adalah hari kelahiran saya. Jadi, secara tidak langsung menjadi majlis pertunangan serba sederhana.

Gambar di bawah adalah secara ringkas ketika majlis pertunangan kami

 Me and hadiah dari kedua-dua belah pihak :)

Mak Mr. F (merangkap bakal mak mertua..hehe)  dengan bakal adik ipar :)

Me with my lovely parents :)

Ucapan terima kasih kami (saya dan en tunang) kepada ibu bapa kami kerana merestui hubungan kami dan kepada ahli keluarga yang lain kerana sudi bersusah payah untuk kami berdua. Jasa kalian kami doakan agar Yang Maha Berkuasa membalasnya dengan limpahan rezeki dan kesejahteraan hidup dunia akhirat. Amin..


Doakan kebahagiaan kami ye..



No comments:

 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates