Friday, March 16, 2012

Kau Tetap Di hatiku

Assalamualaikum w.b.t

Special entry for my love one for our 3 months anniversary. ^_^



inilah waktunya untukku
cinta itu datang padaku
mengapa aku harus ragu
hidup ini terlalu singkat
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
reff:
oh kita takkan pernah tahu
jika waktu kita kan berakhir
dan bila saatnya tlah tiba
ingatlah selalu saat ini
kau kau selalu tetap tinggal di hatiku
bintang menghiasi malam hari
seperti cerita cinta kita
dan masa-masa kita bersama
tak mungkin bisa ku lupakan
repeat reff
ku akan tetap ada menjagamu di setiap waktu
dan ku tak bisa melihat air matamu
oh kau selalu tetap tinggal di hatiku
kau kau selalu tetap tinggal di hatiku


Source: http://liriklaguindonesia.net/randy-pangalila-waktunya-cinta-ost-nada-cinta.htm#ixzz1pG6u0AJS

Thursday, March 8, 2012

~Perginya Tak Kembali~

Assalamualaikum w.b.t

Al-fatihah buat arwah baba (bapa mertua Inn), arwah atuk dan nenek Inn yang telah kembali ke Rahmatullah.

Pada 25 Februari yang lalu lebih kurang jam 6.40 petang (waktu sah 7.00 petang) baba meninggalkan kami semua tanpa pesan! Kami semua terkejut dan tidak percaya dengan apa yang berlaku. (Sampai sekarang masih terbayang wajah akhir arwah baba..huhu).

Perginya tanpa pesan dan tiada tanda-tanda dia akan pergi buat selamanya. Hari itu kami menjalankan rutin harian biasa. Inn dan Pojie tidur di rumah sewa kami yang ambil masa cuma seminit berjalan kaki..(dekat sangat kan..hehe). Waktu tengahari lepas kami beli barang dapur untuk rumah kami, kami ke rumah parent Pojie. Lunch di sana. Duduk borak dengan baba, mama dan yang lain. Mama ajak pergi beli barang dapur. Baba nak ikut. Mama bagi tapi baba kena duduk je kat luar kedai sebab takut baba penat. Dalam pukul 4 Pojie pergi kedai dengan baba, mama dan adik. Inn tak ikut sebab nak kemas rumah. 5 minit kemudian Pojie telefon kata Cik Ndok (adik bongsu baba) datang dengan nenek. Jadi Inn pergi rumah mama dan tunggu diorang balik. (kat sini dah ada 1 tanda..tapi tak tahu + tak perasan).

Dalam pukul 6 petang diorang baru sampai rumah. Baba jumpa mak dia lama sangat.(Inn tak tau butirannya. Time ni Inn kat dapur kot). Lepas tu ramai-ramai duduk kat ruang tamu dan borak. Baba sempat gurau dengan Inn suruh belajar bahasa Jawa..(selalu kena buli sebab tak paham bahasa Jawa..hahha) Baba pun sempat telefon Kak Ani suruh tidur rumah.

Jam 6.30 petang, Inn, Pojie dan mama naik atas untuk solat Asar. Lepas dah siap Ipah ketuk pintu, Idad dah jerit-jerit kat bawah. Kitorang bergegas turun dan masuk bilik baba kat bawah. Baba terjatuh dari kerusi! Baba tengah sembahyang waktu tu. Cik Ndik dan suami dah dalam bilik baba untuk sedarkan baba. Pojie cek nadi baba..Tak jumpa! Inn dari muka pintu nampak muka baba dah pucat kebiruan. Hati terdetik benarkah ya Allah? Tak mungkin! Baba pengsan je tu. Ipah dah menangis. Inn cube tenangkan Ipah.

Pojie telefon ambulans. Mama turun terus masuk bilik. Mama bisikkan kalimah Allah kat telinga baba. Masing-masing kebingungan. Keadaan sangat kelam kabut. Saat memilukan bila Cik Amin suruh kami semua cium arwah baba. T_T Air mata tak tertahan lagi. Bila Cik Amin angkat baba ke ruang tamu air mata berjurai-jurai. Sangat mengejut!

Baba meninggal ketika menunaikan solat.Alhamdulillah. Hati terubat bila tengok arwah tersenyum dan bersih raut wajahnya. Dia meninggal ketika tubuhnya masih bersih dan selesai segala hutang. Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Alhamdulillah Allah beri kesempatan kepada semua anaknya untuk menatap dirinya buat kali terakhir. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.

 Gambar kenangan bersama arwah baba.

p/s: wahai adik-adik ku, kita kuatkan semangat dan sentiasa doakan arwah baba senang di sana. InsyaAllah.
Buat mama ku sayang, kita sama-sama banyakkan bersabar ye.
Buat arwah baba, maaf andai Inn ada mengguriskan hati baba. Walaupun Inn cuma sempat bermanja dalam tempoh 2 bulan ni, Inn sayang sangat kat baba!





Friday, February 24, 2012

My Update!

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua! Dah lama Inn tak update blog Inn kan. Tak banyak cerita yang Inn nak tulis. hehe. Nak review wedding? Gambar kahwin pun tak dapat lagi. Gambar banyak kat laptop suami. Malas nak transfer. haha!

Life after married? hmm..Alhamdulillah Inn dan suami telah selamat diijabkabulkan dua bulan yang lepas. Eh! Dah 2 bulan! Sekejapnya. Lepas kahwin kami menjadi suami isteri di hujung minggu a.k.a weekend husband and wife! Ramai kawan Inn yang hadapi situasi yang sama dengan Inn kan. Jadi kita kena tabah untuk awal perkahwinan ini. InsyaAllah ada hikmah disebalik rancangan Allah untuk hamba-Nya. Betul tak? Think positive ok! ^_^

Inn sekarang sedang berusaha untuk mencari kerja di Johor dan Singapura. Bulan 4 nanti Inn dah balik ke Johor untuk tinggal bersama suami dan keluarga. Keputusan untuk berhenti bukan sesuatu yang mudah. Walaupun company sekarang dah tak best macam dulu tapi untuk berhenti rasa sayang pulak. huhu. Sayang dengan keje sekarang dan paling penting gaji sekarang!! haha!! Perancangan dah dibuat cuma bergantung pada rezeki Allah nak bagi cepat atau lambat. Banyak benda yang perlu diberi perhatian sebelum waktu berhenti tiba. Ya Allah! Kau permudahkanlah urusan kami. Amin.

Inn sayang sangat suami Inn (FAUZI BIN SULEHAN)!! Beliau telah banyak berkorban dan sanggup melayan kerenah yang bukan-bukan Inn ni. Sejak kahwin sifat merajuk lagi kuat! hahha! I LOVE U SO MUCH ABANG SAYANG!!


I love this guy so much! 
Ya Allah, bantulah kami pelihara kasih sayang antara kami kerana-Mu Ya Rabbi!

Friday, December 30, 2011

ehem..ehem.. ^_^



Assalamualaikum w.b.t


Hai sume!! Ape kabar?? Dah lama Inn tak update blog Inn yang sememangnya jarang update kan..hehe..Maklum la sibuk sikit bulan 12 ni.. ^_^

Untuk hari ni, Inn tunjukkan gambar sikit masa wedding Inn ye..



Ini daripada OP kami..merangkap kawan husband :)
credit to: Mohamad Faizal Ramli
17 Disember 2011


Ni masa nikah kat Masjid Al-Hijrah, Taman Damai.
(hujan lebat masa kami nikah..hehe..berkat lebih ni.. :p )
16 Disember 2011


credit to: Emi Zan
18 Disember 2011


Special dedication to our parents, families and friends for contributing a lot for our wedding. Only Allah can pay all your kindness. We pray may Allah bless all of you and be together in Jannah.. InsyaAllah. Amin..

Wednesday, November 23, 2011

♥ Jemputan Walimah Fauzi & Nazrin ♥

Assalamualaikum w.b.t

Dengan rasa rendah diri dan kesyukuran ke hadrat Illahi, kami
 Fauzi bin Sulehan dan Nazrin binti Fazri
 ingin menjemput rakan-rakan ke majlis perkahwinan kami pada
 17 Disember 2011 (Nazrin) dan 18 Disember 2011 (Fauzi).




 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates