Friday, February 24, 2012

My Update!

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua! Dah lama Inn tak update blog Inn kan. Tak banyak cerita yang Inn nak tulis. hehe. Nak review wedding? Gambar kahwin pun tak dapat lagi. Gambar banyak kat laptop suami. Malas nak transfer. haha!

Life after married? hmm..Alhamdulillah Inn dan suami telah selamat diijabkabulkan dua bulan yang lepas. Eh! Dah 2 bulan! Sekejapnya. Lepas kahwin kami menjadi suami isteri di hujung minggu a.k.a weekend husband and wife! Ramai kawan Inn yang hadapi situasi yang sama dengan Inn kan. Jadi kita kena tabah untuk awal perkahwinan ini. InsyaAllah ada hikmah disebalik rancangan Allah untuk hamba-Nya. Betul tak? Think positive ok! ^_^

Inn sekarang sedang berusaha untuk mencari kerja di Johor dan Singapura. Bulan 4 nanti Inn dah balik ke Johor untuk tinggal bersama suami dan keluarga. Keputusan untuk berhenti bukan sesuatu yang mudah. Walaupun company sekarang dah tak best macam dulu tapi untuk berhenti rasa sayang pulak. huhu. Sayang dengan keje sekarang dan paling penting gaji sekarang!! haha!! Perancangan dah dibuat cuma bergantung pada rezeki Allah nak bagi cepat atau lambat. Banyak benda yang perlu diberi perhatian sebelum waktu berhenti tiba. Ya Allah! Kau permudahkanlah urusan kami. Amin.

Inn sayang sangat suami Inn (FAUZI BIN SULEHAN)!! Beliau telah banyak berkorban dan sanggup melayan kerenah yang bukan-bukan Inn ni. Sejak kahwin sifat merajuk lagi kuat! hahha! I LOVE U SO MUCH ABANG SAYANG!!


I love this guy so much! 
Ya Allah, bantulah kami pelihara kasih sayang antara kami kerana-Mu Ya Rabbi!

3 comments:

Super Ummi said...

dah 2 bulan.... cepat betul masa berlalu kan inn...
Inn.... hana nak berhenti kerja jugak... boleh tak inn... ?

inn said...

hehe..nnt hana nk keje ape ble dh benti..nnt nk msuk gov blik susah..huhu

Unknown said...

sabar ye.. 2bulan je lg :P

 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates