Tuesday, April 20, 2010

Dunia Hari Ini

 Assalamualaikum w.b.t

Setelah lama tidak menulis, alhamdulillah digerakkan hati untuk berkongsi topik baru...Mengenai dunia hari ini...terutama melibatkan umat Islam dan generasi muda hari ini...wajarkah jika saya katakan rosak generasi muda hari ini, maka rosaklah generasi yang seterusnya???

Ingin saya kongsikan sabda Nabi s.a.w yang berbunyi :

"Dikhuatirkan, kamu dikalahkan umat-umat, sebagaimana orang makan di atas sebuah pinggan yang besar."
Para sahabat bertanya: "Apakah pada hari itu kita sedikit ya Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak! Namun pada hari itu kamu banyak, akan tetapi kamu seperti buih lautan yang dihempas batu karang. Allah telah mencabut ketakutan dari hati musuh-musuhmu dan meletakkan wahan di dalam hatimu."
Para sahabat bertanya: "Apa itu wahan ya Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w bersabda: " CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI".


Astagfirullah....Jika diperhatikan generasi sekarang, kebanyakan mereka lebih mementingkan budaya hiburan...Lambakan rancangan realiti di media elektronik membuatkan generasi ini terus hanyut dalam agenda musuh Islam...

Malam tadi saya menonton sebuah rancangan realiti yang memasuki musim ke-4...Pelbagai ragam boleh dilihat ketika ujibakat diadakan...Ada yang menangis-nangis, melutut, marayu supaya diterima masuk sebagai peserta untuk rancangan tersebut...Tiadakah pekerjaan lain yang boleh dipohon selain menjadi seorang penyanyi???Ada yang membawa anak kecil semasa ujibakat..Saya terfikir..Mengapa bapa terbabit sanggup mendedahkan perkara lagha atau sia-sia kepada anak yang masih kecil itu???Lebih baik diperdengarkan lagu-lagu yang lebih baik untuk mendidik anak....Ini pendapat saya..

Saya bukanlah insan yang sempurna...tapi kurniaan akal fikiran yang diberikan oleh yang Maha Esa wajib digunakan sebaik-baiknya...Harap diri saya, keluarga, guru dan rakan-rakan sentiasa di bawah rahmat Illahi dan sentiasa ditetapkan hati untuk terus berjuang di jalan Allah...

Amin...

Mampukah aku?

Assalamualaikum w.b.t
Semalam saya balik kerja awal daripada biasa. Sampai rumah dalam pukul 7.15petang. Bersiap-siap untuk solat maghrib terus. Malam tadi ada rancangan yang saya suka tonton. Nanny 911. Hehe. Sambil saya tonton saya berfikir. Bersediakah aku untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri. Ada suami untuk disayang dan anak untuk dibesarkan.

Dalam rancangan tersebut, membuat saya terus berfikir. Mampukah aku untuk mengawal anak-anak dan mengajar anak dengan baik supaya mereka mempunyai akhlak yang baik??? Mampukah aku??? Hmmm...
Mungkin semuanya akan terjawab apabila kita mempunyai anak sendiri dan kehidupan berkeluarga sendiri.. Hehehe..


Jumpa lagi...

Thursday, January 21, 2010

Perubahan

Assalamualaikum w.bt.

Selamat bertemu kembali..hehhe...topik untuk hari ini, saya ingin bercakap mengenai perubahan..perubahan negatif ke positif, dari baik kepada yang lebih baik, atau dari positif ke negatif...

Setelah menyusuri hari-hari dewasa, banyak perkara yang dapat lihat dan semua ini membuat saya ingin melakukan perubahan..Tidak terlalu drastik tetapi memerlukan peringkat supaya saya dapat terus beristiqamah dalam semua perkara yang saya lakukan...

Pendidikan yang saya dapat dari kecil membolehkan saya berfikir secara rasional..Berubahlah kepada yang lebih baik kerana ia satu pelaburan yang tidak rugi malah menguntungkan..

Sekarang ini, ramai manusia terlalu mengejar nikmat dunia..bukan tidak bagus tetapi ia perlu seiring dengan tuntutan agama..Berkat...Ini kerana apabila sesuatu perkara dilakukan mengikut syariat, insyaAllah segala perbuatan kita mendapat berkat..Perkara ini penting kerana ia menjadi darah daging kita..

Nasihat dari seseorang telah menyedarkan saya..Saya tahu hukum tetapi saya tidak mengamalkannya..Astagfirullah..Lalainya saya...Terima kasih kepada insan berkenaan..

Bantulah saya yang ingin berubah ini dengan memberikan peringatan kepada diri saya yang serba kerdil...InsyaAllah...

Saturday, January 16, 2010

2010

2010...



Sekejap je masa berlalu..macam2 perkara berlaku dalam kehidupan kte seharian.. ada gembira, ada sedih..dugaan dan cabaran silih berganti..



Masuk tahun baru, alhamdulillah, Allah permudahkan rezeki buat diri ini..Selepas tamat kontrak keje 6bulan dgn syarikat yang lepas, dapat phone interview utk keje sekarang..Menganggur utk seminggu terus bersiap-siap utk keje di cyberjaya..jauh merantau..huhu...mak ayah pada mulanya risau sbb tempat keje jauh and xde relative yang tinggal berdekatan dgn cyberjaya... Nk tggl mana....pergi keje naik ape...yela, tak berteman..bincang2 dgn pojie pn, die risau gak.. thanks lid sbb risaukan mi...

Alhamdulillah, dah masuk seminggu aku duduk di putrajaya..hari pertama keje menjadikan aku pekerja berdedikasi..hehhe..sebab ape???sebab aku datang paling awal!!! 7.30am...masuk keje pukul9 pagi..huhu...ni gara2 nak blaja naik bus utk ke cyberjaya...30minit from putrajaya to cyberjaya...next day, dah ok la..sampai ofis kol8.30....sempat untuk breakfast..hmm...

New challenge akan datang...masuk keje kol1pm blik 9pm..ni untuk training through video conference with trainer from US...uhhh...risau ble pikir balik malam tu..bus ada ke x...ishh...Moga2 Allah melindungi diri hamba-Nya yang lemah ni..Amin...

Buat diri lid...

Mi selalu mendoakan lid cepat sembuh dan dikuatkan semangat utk menempuh dugaan yang datang..Mi sentiasa ada utk lid...Mi harap lid kekalkan kesabaran yang lid pupuk sepanjang tempoh masa ni...All the best!!!


 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates