Friday, April 27, 2012

The Moment!

Assalamualaikum w.b.t


Hai kawan-kawan! Nak tau sesuatu tak? hehe. Tengok ni.



Inn dan Pojie nak pergi honeymoon esok. Hehe. Kami nak pegi ke Lumut Perak. Nak ikut? Jom3! Kita jumpe kat sana.hehe. 
Tapi kan esok ada perhimpunan BERSIH kan? Harap-harap jalan tak jem macam yang lepas.huhu
Bye!



Thursday, April 19, 2012

Terima kasih semua!

Assalamualaikum w.b.t

Inn tak sihat dah masuk tiga hari la kawan-kawan. Inn demam untuk 3 hari ni. "-_- 
Inn pun tak tau camne boleh demam ni. Mungkin sebab cuaca atau sebab kat ofis ni kejap sejuk kejap panas. Fuhhhh!!

Pape pun Inn minta semua doakan kesihatan Inn ye.  Harap semuanya baik-baik belaka. Amin dan InsyaAllah.

Hari ni hari terakhir Inn keje dengan Fujitsu! Uuuuuu....Sedih sampai demam.Hahaha! Doakan untuk kerjaya Inn juga ye. Hehehe. 

p/s: tak sabar nak jumpe hubby yang dah seminggu berjauhan. YEAY!



Monday, April 16, 2012

Alhamdulillah ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Diharap semua kengkawan sihat-sihat ye. Dah lama Inn tak update blog Inn kan? Tak de cerita menarik nak dikongsi bersama. Nanti semua kata ntah pape je yang Inn ni cerita kan. Baik Inn cerita sesuatu yang bermanfaat untuk semua. Dapat la juga pahala kan. hehe.

Nak tunjuk korang satu benda.


Nampak tak? Dah 4 bulan Inn dan Fauzi bernikah. Alhamdulillah. ^_^

Setakat hari ni rezeki untuk kami untuk dikurniakan cahaya mata belum sampai lagi. Takpe. Kami boleh berusaha lagi bulan depan sebab nak pegi honeymoon. Hehe.  Banyak perkara yang terjadi sepanjang perhubungan ni. Harap-harap perkara tersebut mematangkan kami sebagai suami isteri sebelum bergelar ibu bapa kepada zuriat kami nanti. Mungkin itu hikmah mengapa Allah masih belum beri rezeki anak kepada kami lagi. ^_^ (bersangka baik dengan Allah lebih baik kan)

Lepas tu kan.. 19 April ni hari akhir Inn keje dengan Fujitsu. Setelah 2 tahun berkhidmat dengan syarikat ni, Inn dapat belajar banyak perkara. Alhamdulillah. Inn kenal ramai kawan yang ajar Inn selok belok dunia pekerjaan ni. Walaupun dah 2 tahun Inn keje, tapi masih banyak perkara yang Inn tak tau. Tunjuk ajar dari senior ni yang sangat membantu Inn.

Perancangan Inn lepas berhenti keje? Inn dah dapat peluang pekerjaan yang boleh dikatakan menarik. Tapi perancangan Allah lebih baik buat hamba-Nya kan? Inn berharap apa yang dikatakan pengurus syarikat terbabit dapat ditunaikan. Inn berhenti keje sekarang sebab nak balik Johor. Dia tawarkan kerja dari rumah. Sebab tu Inn terima. Tapi kalau tidak jadi seperti diharapkan maknanya Inn kena cari keje lain lagi. Rabbi yassir wala tuassir.

Inn juga berhasrat nak sambung pelajaran ke peringkat Sarjana. Inn berdoa agar impian ni termakbul setelah urusan kerjaya Inn telaj stabil. InsyaAllah. Doakan Inn ye kawan-kawan! Lagi satu, doakan kesihatan Inn juga ye!

Wednesday, April 4, 2012

?

is it my fault?

only me?

 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates