Salam Aidiladha semua!! Maaf lambat wish. Biasa la bila kat umah mana nak update blog ni. hehe. Kali ini punya entry sepatutnya entri untuk beberapa hari yang lepas. Bersamaan dengan hari pertama Hari Raya Qurban. Cuma nak cerita bilangan hari yang makin sedikit. haha..ce tengok..
Makin meniti hari makin debar pulak.hehe. Alhamdulillah setelah beberapa hari kami diselubungi masalah yang tidak disangka-sangka, kami dapat mengatasinya dengan baik dan Inn dapat rasa perasaan kami makin berkembang. Terima kasih kerana kehadiran kalian menambahkan rasa cinta dan sayang antara kami selain menyedarkan kami betapa kami saling memerlukan untuk sokongan.
Jom kita cerita raya pulak! Raya haritu macam kebiasaan Inn sekeluarga pergi memasak dekat rumah nenek. Dekat je. Nak jalan kaki pun boleh. hehe. Menu utama kami sambal goreng, kari ayam dan rendang daging! Peh! Mantap habis! hehe. Tahun depan macam mana raya kita ek? huhu. Malam raya tu, kami buat BBQ ayam, udang, ikan dan sotong. Yang paling laku sotong BBQ! Sedap banget! hehe. Masa hari raya pulak sempat pergi rumah sedara dekat Teluk Kerang je. Dua rumah je tapi sampai ke petang. Ngantuk giler hokey!!
Esoknya tak pergi mana-mana pun. Duduk rumah siapkan doorgift! Tolong mak isikan doorgift. Dah siap separuh. Lagi separuh tak sempat nak tolong sebab kena balik KL semula. huhu. Next Inn balik bulan 12 nanti la. Terus cuti panjang. Dah tak lama kan. Dokumen nikah pun dah siap! Dah boleh nikah! hehe. C u guys later!
p/s: Mencari masa yang sesuai untuk membalas gurauan En Tunang. haha
2 comments:
Amboi-amboi seronoknya Inn... tak sabar dah ye...
wah, dah nak dekat majlisnya kan nazrin. mesti berdebar2 ni :))
jemputlah cuci mata kat sini (icoklat.blogspot.com)
Post a Comment