Wednesday, November 23, 2011

♥ Jemputan Walimah Fauzi & Nazrin ♥

Assalamualaikum w.b.t

Dengan rasa rendah diri dan kesyukuran ke hadrat Illahi, kami
 Fauzi bin Sulehan dan Nazrin binti Fazri
 ingin menjemput rakan-rakan ke majlis perkahwinan kami pada
 17 Disember 2011 (Nazrin) dan 18 Disember 2011 (Fauzi).




♥ 30! ♥

Assalamualaikum w.b.t


Hi! Inn cuma nak post untuk kiraan hari..hehe..


30!


Excited tak?! hehe ^_^


Wednesday, November 9, 2011

♥ 40! ♥

Assalamualaikum w.b.t


Salam Aidiladha semua!! Maaf lambat wish. Biasa la bila kat umah mana nak update blog ni. hehe. Kali ini punya entry sepatutnya entri untuk beberapa hari  yang lepas. Bersamaan dengan hari pertama Hari Raya Qurban. Cuma nak cerita bilangan hari yang makin sedikit. haha..ce tengok..



Makin meniti hari makin debar pulak.hehe. Alhamdulillah setelah beberapa hari kami diselubungi masalah yang tidak disangka-sangka, kami dapat mengatasinya dengan baik dan Inn dapat rasa perasaan kami makin berkembang. Terima kasih kerana kehadiran kalian menambahkan rasa cinta dan sayang antara kami selain menyedarkan kami betapa kami saling memerlukan untuk sokongan.

Jom kita cerita raya pulak! Raya haritu macam kebiasaan Inn sekeluarga pergi memasak dekat rumah nenek. Dekat je. Nak jalan kaki pun boleh. hehe. Menu utama kami sambal goreng, kari ayam dan rendang daging! Peh! Mantap habis! hehe. Tahun depan macam mana raya kita ek? huhu. Malam raya tu, kami buat BBQ ayam, udang, ikan dan sotong. Yang paling laku sotong BBQ! Sedap banget! hehe. Masa hari raya pulak sempat pergi rumah sedara dekat Teluk Kerang je. Dua rumah je tapi sampai ke petang. Ngantuk giler hokey!! 

Esoknya tak pergi mana-mana pun. Duduk rumah siapkan doorgift! Tolong mak isikan doorgift. Dah siap separuh. Lagi separuh tak sempat nak tolong sebab kena balik KL semula. huhu. Next Inn balik bulan 12 nanti la. Terus cuti panjang. Dah tak lama kan. Dokumen nikah pun dah siap! Dah boleh nikah! hehe. C u guys later!

p/s: Mencari masa yang sesuai untuk membalas gurauan En Tunang. haha

Thursday, November 3, 2011

Semalam Punya Cerita daaa.... ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Haa...Entri ni cerita semalam punya. Lupa nak masukkan. Haha. Semalam bersamaan 2 November 2011 adalah ULANG BULAN yang ke-6 sempena Inn dan En Tunang bertunang. Tak percaya?!

Haa..percaya dah?hehe..

Ucapan khas buat tunang tersayang... :

Abang, terima kasih atas kesudian abang menyunting diri B menjadi permaisuri hidup abang. Terima kasih atas perhatian, kasih sayang, dan kesabaran abang dalam melayan kerenah B. Semoga ikatan yang bakal kita bina mendapat berkat, rahmah wa mawaddah di samping dikurniakan keluarga yang soleh solehah dunia dan akhirat. Amin.

Tinggal lagi sebulan lebih sebelum akad nikah.YEAY!!



Wednesday, November 2, 2011

1st entri dah x jadi 1st..haha

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kita masih diberi pinjaman nafas untuk meneruskan hidup di dunia sebelum hidup di dunia abadi kelak. Cuaca di hujung-hujung tahun ni tak menentu kan.. Pagi cerah petang hujan lebat. Alhamdulillah hujan rahmat. Hari ni dah masuk bulan baru, bulan November! Hujung minggu bulan November ni penuh dengan undangan perkahwinan kawan-kawan. Bawah ni senarai nama kawan-kawan yang bakal melangsungkan perkahwinan:

12 November : Rabiatul Adawiyah (Awi) dan pasangan di Paroi,Seremban
19 November : Iryady (Abang Adi) dan pasangan di Pontian, Johor
20 November : Dzulqarnain dan pasangan di Lembah Keramat, KL
26 November : Nurhidayu (Kak Ayu) dan pasangan di Sungai Ramal Baru, Kajang
26 November : Raimy Nadiah (Kak Remi) dan pasangan di Pontian, Johor
27 November : Nurulhana (Hana) dan pasangan di Shah Alam
27 November : Zubair dan pasangan di Bangi
27 November : Norasyikin (Ckyn) dan pasangan di Kelantan
27 November : Sedara (xsure nama.haha) di Seremban

SELAMAT PENGANTIN BARU!!

source: En. Google

Untuk bulan 12 nanti dulu ye..hehe..Haa..Hari ini hari lahir bakal mak mertua Inn..hehe..

SANAH HELWAH YA USTAZAH!! 

source: En. Google

Semoga ustazah diberikan kesihatan yang baik dan doa dimakbulkan Allah.. AMEEN.

NazrinFauzi
(xde motif..haha)



 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates