Tuesday, January 18, 2011

~1 tahun 6 bulan~

Assalamualaikum,

1 tahun 6 bulan...
Itu adalah tempoh saya bekerja sehingga sekarang. Sedar atau tidak sudah hampir dua tahun saya bekerja dan meningalkan alam universiti. Pejam celik pejam celik masa berjalan begitu pantas.

Dalam tempoh 6 bulan pertama, saya bekerja sebagai ICT fasilitator di bawah Syarikat Rebound Asia (M) Sdn Bhd. Tugas sebagai seorang ICT fasi mungkin sesuai bagi seorang fresh graduate seperti saya sebagai langkah permulaan ke alam pekerjaan. Sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari ketika belajar dahulu dapat digunakan dan diaplikasikan dalam pekerjaan. Bermula dengan temuduga melalui telefon, saya ditawarkan untuk bekerja. Bersama-sama kawan baik, Nurul Husna kami berdua pergi ke Serdang untuk menjalani latihan dan memahami sistem yang bakal kami gunakan. Seperti biasa, di tempat baru pasti dapat kenalan baru. Kawan-kawan ini la yang akan berhubung jika terdapat masalah pada masa akan datang.

Inilah kawan-kawan kami ketika training di Serdang.




Setelah tamat tempoh kontrak selama 6 bulan bersama Rebound Asia, saya mendapat tawaran bekerja dengan Fujitsu (Malaysia) Sdn Bhd. Terima kasih kepada mak dan ayah kerana sudi hantar Inn ke Cyberjaya. :)

Saya mendapat tawaran bekerja secara kontrak selama setahun. Dan saya dapat teruskan kontrak selama setahun lagi bersama Fujitsu. Di sini, saya bekerja sebagai Software Engineer. Bidang ni luas cabangnya. Saya diberi peluang untuk belajar Business Intelligence (BI). BI adalah benda baru yang saya pelajari. Tambahan pula saya dan rakan perlu menggunakan satu perisian baru dan hanya satu-satunya syarikat yang menggunkan perisian ini iaitu MicroStrategy.

Pada permulaan projek, kami menghadapi banyak cabaran dan dugaan kerana kebanyakan daripada kami adalah fresh graduate dan projek yang dijalankan adalah perkara baru bagi kami. Banyak tekanan dan perkara yang berlaku dalam tempoh ini. Apa yang penting pada waktu itu adalah kesabaran, kebijaksanaan, mampu mengawal emosi dan sentiasa berfikiran positif untuk mengurangkan tekanan tersebut.

Mengikut arus masa, alhamdulillah kami dapat mengatasi segala cabaran dan tekanan. Ada antara hasil kerja kami mendapat pujian daripada klient. Semangat dan sokongan daripada Project Manager(PM) juga membantu meningkatkan kelunturan semangat kami. :)

C u later :)


No comments:

 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates