Tuesday, April 20, 2010

Dunia Hari Ini

 Assalamualaikum w.b.t

Setelah lama tidak menulis, alhamdulillah digerakkan hati untuk berkongsi topik baru...Mengenai dunia hari ini...terutama melibatkan umat Islam dan generasi muda hari ini...wajarkah jika saya katakan rosak generasi muda hari ini, maka rosaklah generasi yang seterusnya???

Ingin saya kongsikan sabda Nabi s.a.w yang berbunyi :

"Dikhuatirkan, kamu dikalahkan umat-umat, sebagaimana orang makan di atas sebuah pinggan yang besar."
Para sahabat bertanya: "Apakah pada hari itu kita sedikit ya Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak! Namun pada hari itu kamu banyak, akan tetapi kamu seperti buih lautan yang dihempas batu karang. Allah telah mencabut ketakutan dari hati musuh-musuhmu dan meletakkan wahan di dalam hatimu."
Para sahabat bertanya: "Apa itu wahan ya Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w bersabda: " CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI".


Astagfirullah....Jika diperhatikan generasi sekarang, kebanyakan mereka lebih mementingkan budaya hiburan...Lambakan rancangan realiti di media elektronik membuatkan generasi ini terus hanyut dalam agenda musuh Islam...

Malam tadi saya menonton sebuah rancangan realiti yang memasuki musim ke-4...Pelbagai ragam boleh dilihat ketika ujibakat diadakan...Ada yang menangis-nangis, melutut, marayu supaya diterima masuk sebagai peserta untuk rancangan tersebut...Tiadakah pekerjaan lain yang boleh dipohon selain menjadi seorang penyanyi???Ada yang membawa anak kecil semasa ujibakat..Saya terfikir..Mengapa bapa terbabit sanggup mendedahkan perkara lagha atau sia-sia kepada anak yang masih kecil itu???Lebih baik diperdengarkan lagu-lagu yang lebih baik untuk mendidik anak....Ini pendapat saya..

Saya bukanlah insan yang sempurna...tapi kurniaan akal fikiran yang diberikan oleh yang Maha Esa wajib digunakan sebaik-baiknya...Harap diri saya, keluarga, guru dan rakan-rakan sentiasa di bawah rahmat Illahi dan sentiasa ditetapkan hati untuk terus berjuang di jalan Allah...

Amin...

No comments:

 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates