Tuesday, January 18, 2011

~1 tahun 6 bulan~

Assalamualaikum,

1 tahun 6 bulan...
Itu adalah tempoh saya bekerja sehingga sekarang. Sedar atau tidak sudah hampir dua tahun saya bekerja dan meningalkan alam universiti. Pejam celik pejam celik masa berjalan begitu pantas.

Dalam tempoh 6 bulan pertama, saya bekerja sebagai ICT fasilitator di bawah Syarikat Rebound Asia (M) Sdn Bhd. Tugas sebagai seorang ICT fasi mungkin sesuai bagi seorang fresh graduate seperti saya sebagai langkah permulaan ke alam pekerjaan. Sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari ketika belajar dahulu dapat digunakan dan diaplikasikan dalam pekerjaan. Bermula dengan temuduga melalui telefon, saya ditawarkan untuk bekerja. Bersama-sama kawan baik, Nurul Husna kami berdua pergi ke Serdang untuk menjalani latihan dan memahami sistem yang bakal kami gunakan. Seperti biasa, di tempat baru pasti dapat kenalan baru. Kawan-kawan ini la yang akan berhubung jika terdapat masalah pada masa akan datang.

Inilah kawan-kawan kami ketika training di Serdang.




Setelah tamat tempoh kontrak selama 6 bulan bersama Rebound Asia, saya mendapat tawaran bekerja dengan Fujitsu (Malaysia) Sdn Bhd. Terima kasih kepada mak dan ayah kerana sudi hantar Inn ke Cyberjaya. :)

Saya mendapat tawaran bekerja secara kontrak selama setahun. Dan saya dapat teruskan kontrak selama setahun lagi bersama Fujitsu. Di sini, saya bekerja sebagai Software Engineer. Bidang ni luas cabangnya. Saya diberi peluang untuk belajar Business Intelligence (BI). BI adalah benda baru yang saya pelajari. Tambahan pula saya dan rakan perlu menggunakan satu perisian baru dan hanya satu-satunya syarikat yang menggunkan perisian ini iaitu MicroStrategy.

Pada permulaan projek, kami menghadapi banyak cabaran dan dugaan kerana kebanyakan daripada kami adalah fresh graduate dan projek yang dijalankan adalah perkara baru bagi kami. Banyak tekanan dan perkara yang berlaku dalam tempoh ini. Apa yang penting pada waktu itu adalah kesabaran, kebijaksanaan, mampu mengawal emosi dan sentiasa berfikiran positif untuk mengurangkan tekanan tersebut.

Mengikut arus masa, alhamdulillah kami dapat mengatasi segala cabaran dan tekanan. Ada antara hasil kerja kami mendapat pujian daripada klient. Semangat dan sokongan daripada Project Manager(PM) juga membantu meningkatkan kelunturan semangat kami. :)

C u later :)


Thursday, January 13, 2011

Rindu

Assalamualaikum w.b.t

Rindu di hati untuk duduk bersama rakan berbincang mengenai agama. Rindu pada saat ketika di KISAS dahulu. Ilmu agama sentiasa penuh di hati. Orang sekeliling menjadi dorongan untuk diri terus memperbaiki diri. Adakala perasaan cemburu hadir melihat rakan-rakan mendapat ilmu agama dari hari ke hari. Rindu sungguh pada saat itu. Diri ini mengharap pada insan yang sudi untuk menjadi "reminder" kepada insan yang kerdil ini. Insan yang sentiasa alpa dan memerlukan penguat semangat untuk terus beristiqamah di jalan-Nya.

Ya Allah,
Kau lapangkanlah hatiku dengan zikr-Mu sentiasa meniti di bibir ku. Bantulah aku untuk terus berada di jalan lurus-Mu. Janganlah Kau bolak-balik kan hatiku yang sememangnya rapuh ini.


Friday, July 16, 2010

~ Open Your Eyes ~

Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com


Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Tuesday, May 11, 2010

♥ Selamat Hari Ibu! ♥

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Ibu buat mak, Hjh Norilah bte Mohamed Amin.. Kasih sayang dan pengorbanan mak tidak ternilai dan tidak dapat ditukar ganti...

p/s: bagi inn sambung belajar ea...hehhee

Wednesday, May 5, 2010

Selamat Hari Jadi! ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Pada 2 Mei yang lalu, saya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-23. Yippi!! Hehe.. Terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah berusaha untuk melahirkan saya.

Mesej dari mak:
"Selamat Hari Lahir ke23. Semoga dilanjutkan usia, diluaskan rezeki, ditetapkan iman, dipermudahkan dalam kehidupan, menjadi anak soleh, dan insan yang cemerlang." AMIN.. ^_^

Mesej dari ayah:
"Assalamualaikum wbt. Selamat menyambut ulang tahun ke23. Semoga mendapat kemuliaan di sisi Allah, rezeki yang banyak lagi halal, ketentuan hidup yang dirahmati Allah. AMIN." AMIN. ^_^

Mesej dari Pojie:
"Hepy besday my sweetheart! Semoga segala harapan dan impian b tercapai. InsyaAllah. Abang sayang sangat kt b!" AMIN.. ^_^

Mesej dari Ustazah Hamidah:
"Selamat menyambut ulang tahun. Moga dipanjangkan usia, dirahmati Allah, sentiasa bahagia dunia walakhirat. Amin..Kullu Sanah Wanti Toyyibah Waljamilah." AMIN.. ^_^

Terima kasih kepada keluarga, guru dan rakan-rakan yang mendoakan diri saya. AMIN. Semoga Allah membalas segala jasa kalian dunia dan akhirat.
 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates