Assalamualaikum w.b.t
Hmm..susah betul nak update blog ni kan..hehe...nak tulis xda idea lak..memang ada hari-hari yang membabitkan emosi tapi x hadap laptop lak...jadi, bila perasaan tu hilang, x sempat la nak menulis..ye tak...hehe..
Adat bekerja pasti ada macam-macam ragam kan..alam pekerjaan penuh dugaan..pengalaman saya setakat hampir dua tahun bekerja ni, ada sesuatu yang saya belajar..ini pengalaman bekerja di syarikat swasta..ada perbezaan kot suasana bekerja di swasta dan kerajaan. Swasta more focus on targeting profit dan kerajaan more to service. Betul ke? Maaf jika saya tersilap menilai.. :)
Dalam bekerja, kadang-kadang seseorang ada prinsip yang dipegang masing-masing.. Bagi saya, saya ingin bekerja dengan integriti, jujur dan bersikap profesional..Tapi, saya ada tanya rakan sekerja saya mengenai satu situasi ni yang setiap hari hadapi di tempat kerja..Saya x tahu la samada saya yang silap atau memang itu sikapnya atau kita perlu bersikap begitu untuk berjaya..
Persoalan saya:
"Perlu ke kita bersikap menunjuk yang kita ni rajin tapi sebenarnya apa yang kita buat tu xda la seberapa sangat."
Semasa saya menulis persoalan di atas, saya berfikir memang betul kita perlu tunjukkan sikap rajin ni depan bos..Tapi yang saya x suka apabila cara kita menunjukkan sikap rajin tu menyebabkan usaha orang lain dipandang sepi oleh bos. Salah ke kalau bukan sikap kita untuk menunjukkan sikap rajin kita?
Tapi tula. Nasihat rakan saya, kita perlu lihat pada bos kita. Macam mana cara dia menilai pekerja bawahan dia.Ada dua jenis bos:
1. Yang suka dibodek dan pilih kasih
2. Yang menilai pada hasil kerja kita
Kalau dapat bos yang kedua tu, kita boleh lakukan tugas kita dengan hati yang bersih. Tapi kalau dapat yang no satu tu, abis la kena kerja dapat hati yang penuh iri hati dan hasad dengki. Tu yang jadi x best bila datang kerja..kan..kan..kan..
Jadi, apabila keadaan ini berlaku hanya kesabaran yang dapat mengawal emosi dan fikiran dari bersikap tidak matang dalam membuat keputusan. Jadi, saya cuba untuk terus memperbaiki diri dan cuba untuk terus bersangka baik pada orang. Amin.
InsyaAllah. :)