Thursday, May 10, 2012

Ho-ho-HOLIDAY!

Assalamualaikum w.b.t

Dalam entry kali ni Inn nak cerita sikit je dari percutian Inn dan en suami dua minggu yang sudah. Tak banyak cerita menarik pun. Sekadar untuk memori kami sebagai suami isteri. Hehe. Kami bercuti selama 3 hari 2 malam di Damai Laut, Perak. Jauh tak? hehe.

Semua sedia maklum kan 28hb April yang lepas ada perhimpunan BERSIH. Yang kami ni dah tau nak pergi bercuti tak ada buat preparation apa sangat. Cuma bukak Google Map nak tau lokasi dan jangka masa sampai ke sana. Tempat-tempat menarik tak ada pun nak cari. Haha! Nak dijadikan cerita, kitorang takut sangkut jem bila sampai KL, kitorang pun bertolak pukul 3pagi! Tengok google jangka masa sampai sana dalam 7 jam, tanya ayah Inn dia kata 10jam! Tu yang kitorang decide bertolak kol 3 pagi! hehe.

Tup-tup sampai sana kol 9.30 pagi! haha. Melongo tak tau nak pegi mana sebab boleh check-in kol 3 petang. hehe. Tapi tak pe kitorang buat pre-check-in dulu. Then kitorang pegi ke bandar untuk cari makanan. Lapar beb! Sarapan kitorang yang pertama di pekan Manjung/Lumut ialah....jeng..jeng..jeng..


Best tak breakfast kitorang bagi yang pertama kali datang ke daerah Lumut ni? hehe. Lepas tu tak tau arah tuju sebab masih awal lagi. Kebetulan masa tu ada pesta laut kat Lumut kalo tak silap. Jadi dengan bantuan aplikasi Garmin sampai la kitorang kat sana. Ramai betul orang. Dari hotel kitorang ke Lumut ambil masa 30minit. Jauh kan? Tapi sebab kitorang tak tau ada banyak kemudahan kat hotel tu, kitorang abiskan minyak atas jalan.haha.

Dah boring kat Lumut, kitorang pergi ke Teluk Batik pulak. Kat sini kitorang cuma naik bot makan angin tengok pemandangan kat teluk tu sebab kitorang tak prepare pape pun. Plus kitorang nak tunggu masa untuk check-in hotel. Cantik jugak Teluk Batik ni. hehe.

Time to check-in! Nak tengok tak hotel yang kitorang tempah?!

Yes! This was the place! Awesome!

Our room! 

The hotel's overview. Tapi kitorang pilih Garden View.

Kitorang try snorkeling! hehe

Haa...best tak? Korang rasa nak pergi tak? Rugi tak pergi. Hotel ni je pun ada banyak kemudahan. Boleh sauna dan jacuzzi free! Memanah pun free! 

Ok lah. Sambung lain kali ek! Da-da!




Friday, April 27, 2012

The Moment!

Assalamualaikum w.b.t


Hai kawan-kawan! Nak tau sesuatu tak? hehe. Tengok ni.



Inn dan Pojie nak pergi honeymoon esok. Hehe. Kami nak pegi ke Lumut Perak. Nak ikut? Jom3! Kita jumpe kat sana.hehe. 
Tapi kan esok ada perhimpunan BERSIH kan? Harap-harap jalan tak jem macam yang lepas.huhu
Bye!



Thursday, April 19, 2012

Terima kasih semua!

Assalamualaikum w.b.t

Inn tak sihat dah masuk tiga hari la kawan-kawan. Inn demam untuk 3 hari ni. "-_- 
Inn pun tak tau camne boleh demam ni. Mungkin sebab cuaca atau sebab kat ofis ni kejap sejuk kejap panas. Fuhhhh!!

Pape pun Inn minta semua doakan kesihatan Inn ye.  Harap semuanya baik-baik belaka. Amin dan InsyaAllah.

Hari ni hari terakhir Inn keje dengan Fujitsu! Uuuuuu....Sedih sampai demam.Hahaha! Doakan untuk kerjaya Inn juga ye. Hehehe. 

p/s: tak sabar nak jumpe hubby yang dah seminggu berjauhan. YEAY!



Monday, April 16, 2012

Alhamdulillah ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Diharap semua kengkawan sihat-sihat ye. Dah lama Inn tak update blog Inn kan? Tak de cerita menarik nak dikongsi bersama. Nanti semua kata ntah pape je yang Inn ni cerita kan. Baik Inn cerita sesuatu yang bermanfaat untuk semua. Dapat la juga pahala kan. hehe.

Nak tunjuk korang satu benda.


Nampak tak? Dah 4 bulan Inn dan Fauzi bernikah. Alhamdulillah. ^_^

Setakat hari ni rezeki untuk kami untuk dikurniakan cahaya mata belum sampai lagi. Takpe. Kami boleh berusaha lagi bulan depan sebab nak pegi honeymoon. Hehe.  Banyak perkara yang terjadi sepanjang perhubungan ni. Harap-harap perkara tersebut mematangkan kami sebagai suami isteri sebelum bergelar ibu bapa kepada zuriat kami nanti. Mungkin itu hikmah mengapa Allah masih belum beri rezeki anak kepada kami lagi. ^_^ (bersangka baik dengan Allah lebih baik kan)

Lepas tu kan.. 19 April ni hari akhir Inn keje dengan Fujitsu. Setelah 2 tahun berkhidmat dengan syarikat ni, Inn dapat belajar banyak perkara. Alhamdulillah. Inn kenal ramai kawan yang ajar Inn selok belok dunia pekerjaan ni. Walaupun dah 2 tahun Inn keje, tapi masih banyak perkara yang Inn tak tau. Tunjuk ajar dari senior ni yang sangat membantu Inn.

Perancangan Inn lepas berhenti keje? Inn dah dapat peluang pekerjaan yang boleh dikatakan menarik. Tapi perancangan Allah lebih baik buat hamba-Nya kan? Inn berharap apa yang dikatakan pengurus syarikat terbabit dapat ditunaikan. Inn berhenti keje sekarang sebab nak balik Johor. Dia tawarkan kerja dari rumah. Sebab tu Inn terima. Tapi kalau tidak jadi seperti diharapkan maknanya Inn kena cari keje lain lagi. Rabbi yassir wala tuassir.

Inn juga berhasrat nak sambung pelajaran ke peringkat Sarjana. Inn berdoa agar impian ni termakbul setelah urusan kerjaya Inn telaj stabil. InsyaAllah. Doakan Inn ye kawan-kawan! Lagi satu, doakan kesihatan Inn juga ye!

Wednesday, April 4, 2012

?

is it my fault?

only me?

 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates