Monday, October 31, 2011

Entri Terakhir?!

Assalamualaikum w.b.t

Haa....cuak tak tengok tajuk kat atas? (Perasan je...cam ramai je yang baca blog ni kan...hehe).. Tu sebenarnya merujuk pada entri terakhir untuk bulan 10 ni.. ^_^ Esok dah masuk bulan baru!!

Jom Inn cerita tentang progres perkahwinan Inn yang bakal berlangsung dalam masa sebulan lebih ni..huhu

Hari Sabtu lepas Inn dengan keluarga pergi ambil doorgift untuk majlis nanti. Alhamdulillah dah selesai bahagian ni.. ^_^ Balik cuti raya haji nanti boleh la tolong isi sikit-sikit doorgift ni. Lepas tu Inn sempat lagi beli set pencuci muka untuk hantaran nanti. Alhamdulillah masa beli tu tengah ada diskaun. Dapat la beli ikut bajet yang sedia ada..hehe..

Sekarang misi yang terdekat ialah mengedarkan kad jemputan. Inn cume ambil 50 keping untuk kawan-kawan yang dekat. Yang lain tu insyaAllah akan diberi juga. Jangan sedih atau kecik hati tau. ^_^

p/s: nak cuti lagi pleaseeee.... :p










Thursday, October 27, 2011

♥ 50! ♥

Assalamualaikum w.b.t


Hai sume!! Sihat x? Inn alhamdulillah sihat. Hari ini hari istimewa buat tunang Inn!! Hari ini HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN buat Fauzi sayang..  ^_^ v (petang nanti nak date..hehe...) SELAMAT HARI ULANG TAHUN SAYANG..
Semoga segala doa abang dimakbulkan Allah dan masjid yang bakal kita bersama sentiasa di bawah lindungan rahmah wa mawaddah Illahi. AMEEN.



plus


Nampak x? Tinggal 50 hari lagi!! Wah!!! Semakin dekat!! hehe.. Hana lagi 30 hari kan.. Dah tak lama tu..hehe...

Progres wedding Inn setakat ni alhamdulillah banyak dah konfem kan cuma tak tahu bila tiba hari kejadian macam mana nanti. Tapi rasanya tak banyak progres pun..haha.. Jom kita cek!

Kad jemputan
Baru siap 500 keping..Lagi 500 keping lagi dalam proses printing (DIY)

Baju nikah
Hujung bulan 11 baru amik...(lambat kan...huhu..)

Set pelamin
Dah konfem cuma ada masalah dengan pelamin la...Vendor kena amik ukuran dewan..Kena sedia dengan Plan B!! Baju haritu ada masalah gak. Baju yang Inn pilih dah ada orang book sebelum Inn (tapi tak tau la betul ke tak..huhu...redha jela..)

Fotografi
Dah bayar deposit (ni En Tunang yang uruskan)

Tudung + Veil + Kasut
Hujung bulan 11 baru cari...hehe..

Dokumen nikah
SELESAI!

Katering + Khemah
Mak ayah yang uruskan (katanya dah tempah)

Doorgift
Nak pergi amik hujung minggu ni...

Honeymoon
Tangguh dulu.. ^_^

Hantaran
Tinggal nak beli set pencuci muka + kek + cupcakes + buah + coklat

Kek Kahwin
Wana nak tolong buatkan (rasa yakin sket..hehe)

Pengapit
Hmm..mak suruh tukar pengapit tapi tak sampai hati nak cakap dengan kawan tu.. Mak suruh tukar sebab takut pengapit akan overshadow pengantin yang tak seberapa cantik ni.. huhu..Pengapit ni memang pandai bergaya tapi takkan sebab tu nak kena tukar kan.. Apa pandangan korang?

Lain-lain
Benda-benda kecik pun kena amik kira kan
Stoking, Inner, Jarum Peniti, lagi ape ek?

Banyak lagi yang KIV lagi..takpe..kita buat pelan2 kan..rasa tak sabar nak edar kad jemputan..hehe..

Monday, October 17, 2011

♥ 60! ♥

Assalamualaikum w.b.t


Ce teka!!!

Tinggal 60 hari lagi!!



= EQUAL TO =


Perasaan??




Wednesday, October 12, 2011

Oh Hati!

Assalamualaikum w.b.t




Pagi-pagi dah jenguk dan tulis-tulis dekat blog. Inn sedang mengalami kecelaruan emosi! Mungkin nak PMS kot. huhu. Tapi minggu ni memang mood in swing dibawa angin. Kena la tempias ke encik tunang. Inn nak lepaskan perasaan tapi Inn tak tau nak lepaskan pada siapa sebab..... Inn tak boleh nak bagitau sesiapa. Biarlah Inn dengan Tuhan je yang tau. Tapi perempuan ni mana boleh simpan perasaan sorang2 kan. Tak macam lelaki. Kenapa lah lelaki tak boleh nak faham perasaan perempuan ni. Hmmm...

Masalah yang bakal muncul lepas kahwin... Inn kena berhenti kerja sekarang sebab nak balik Johor. Inn kenalah cari kerja baru kat sana. Kat Johor ni pula banyak industri perkilangan. Lain dengan job scope Inn sekarang. Yang paling dekat dengan rumah sewa kami nanti tak ada kekosongan untuk Inn. En Tunang cuba minta tolong kawan dia minta kat Senai tu. Inn bukan nak memilih tapi Senai tu JAUH!!! Sejam lebih perjalanan (ni termasuk kira-kira untuk jalan jem + kereta banyak). Kalau jalannya elok Inn tak kisah. Inn dah mula fikir yang macam-macam. Cuba bayangkan kalau waktu kerja masuk pukul 8 pagi. Inn kena bertolak dari rumah pukul 6.30pagi atau paling lambat pukul 7pagi. Pastu waktu balik kalau pukul 5petang tak pe lagi. Kalau kena OT, adeh~ *_* Sampai rumah mesti dah penat kan. huhu. Inn rancang nak habiskan semua hutang belajar dan kereta lepas tu berhenti kerja..hahhaa.. ^_^

Tak nak la fikir lagi hal ni. Sebab hal ni jadi gaduh..huhu.


Friday, October 7, 2011

♥ 70! ♥

Assalamualaikum w.b.t






Dah masuk bulan 10 dan tinggal lagi 70! hari sebelum penyatuan dua hati terlaksana. hehe..xbanyak progress sebenarnya. Kad masih belum start cetak. Last minute banyak pulak perubahan termasuk la map. huhu. Nak tak nak minggu ni kena setelkan draf kad kalo nak siapkan kad tu sebelum Deepavali nanti. Inn dah siap-siap ambil cuti dalam minggu Deepavali tu nanti sebab nak uruskan dokumen nikah. InsyaAllah. Alhamdulillah kami berdua dah buat HIV test dan kedua-dua negatif.


Selamat Pengantin Baru buat semua bakal pengantin yang bakal melangsungkan majlis dalam bulan 10 ni!!
Barakallah alaikuma. ^_^


p/s: Ada hari penting dalam bulan 10 ni! hehe




 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates