Friday, September 30, 2011

Draf Kad Dah Siap!!

Assalamualaikum w.b.t

Update untuk hari terakhir bulan 9! Akhirnya draf untuk kad kahwin Inn dan En Tunang sampai ke dalam inbox emel Inn. Alhamdulillah!! Macam tau-tau je Inn nak merajuk kalau dia tak anta arini..hehe..kan Hana kan.. :p

Nak tengok tak? EXCITED walaupun risau..haha.. Ada beberapa kesalahan yang kena dibetulkan. Sekarang doa Inn supaya kad ni boleh siap pada masa nya.. Harap-harap sebelum Deepavali dah boleh dapat. Inn tempah banyak gak dari kedai ni.. Sebab Inn tempah banyak, kitorang dapat free gifts iaitu 1000 pcs thank you card dan bunting. Lepas tu ktorg tambah lagi 2000 pcs thank you untuk kedua-dua pihak dapat harga murah. Alhamdulillah..Rezeki. Inn bagi tengok muka depan je ea sebab isi dalam ada banyak salah. hehe..






Wednesday, September 28, 2011

♥ 80! ♥

Assalamualaikum w.b.t



80!

Rasanya banyak lagi benda yang x selesai lagi. Inn masih mencari kedai kek yang sudi nak buat yang Inn idamkan ni.

(credit to Mr. Google)

atau

(credit to Mr. Google)

Inn dah tanya beberapa orang area Johor. Harap-harap kawan Inn boleh tolong dan boleh dapat harga yang murah.. hehe..Kek jenis ni mahal kan.. Ada seorang tu dia kata harga kek camni dalam range RM500-RM650.. Aduyai!!! Mahalnya.. huhu...Ada yang sudi nak sponsor tak? ^_^

Monday, September 26, 2011

GERAM!!!

Assalamualaikum w.b.t


Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee................................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


GGGGGGGGGEEEEEEEEEEEERRRRRRRRRRRAAAAAAAAAAAMMMMMMMMMMMMMM!!!!!


Sakit hati betul hati hari ni tau!! Inn ni berniat baik nak tolong kawan sekerja kat projek lagi satu. Tapi si mamat India mari ni mengada-ngada!!! PENTINGKAN DIRI SENDIRI JEKKKKK!!!! Macam la kau seorang yang kena handle projek kan.. Takkan kau tak tau untuk bahagian BI ni orang dah kurang. Aku nak pergi sana bukan nak main-main..Kan nak buat kerja..Yang kau ni memang mangkuk hayun bertingkat bape pun aku tak tau..Awal-awal aku dah cakap, nak bagi kau keje tu bagi awal-awal...Kau suka sangat bagi keje last minit.. Kau tengok  la nanti balasan apa yang aku nak buat kat kau!! You better WATCHOUT!! Orang macam kau ni memang patut kena ajar!! Kau silap orang la nak mengarah-arah aku lagi-lagi bila kau bagi keje last minit macam ni!!! HUH!!!! 

Wednesday, September 21, 2011

HIV Test

Assalamualaikum w.b.t

Hai kawan-kawan. Apa khabar semua? Inn alhamdulillah sihat. Inn nak bagitau Inn dah buat ujian HIV. Hari Isnin lepas Inn amik cuti. ( Ni gara-gara malas nak balik KL dan kononnya nak tunjuk protes..hahaha ). Jadi, bila dah cuti Inn pergi la Klinik Kesihatan Pontian. Ramainya orang kat situ.. huhu.. Sampai-sampai Inn terus pergi kaunter. Part ni yang Inn tak suka. Staf klinik tu tak mesra alam langsung. Dah la dok borak pastu tak senyum. Orang tanya muka tak pandang pun. Plus info yang dia bagi tak betul tau! Terpaksa Inn tunggu lama-lama sebab staf tu tak bagi info dengan betul. Dah dok tercongok kat klinik tu lama-lama. Rupa-rupanya kena isi borang. Dah lama dok situ baru tanya kat nurse lain. Ceh! Nasib baik sempat buat rawatan gigi. Hehe.
(faham tak cite Inn ni?? hehe..)

Masa doktor ambil darah tu Inn boleh melatah pulak. Terkejut punya pasal. Hahaha!! Buat malu je. Hehe. Inn nak tanya la.. Lepas buat HIV test tu memang tak dapat pape ubat ea. Aritu ada terbaca satu blog. Dia dapat ubat untuk kuatkan rahim ke apa. Hmm.. Rasa macam nak buat HIV test lagi sekali je. huhu..


Banyak lagi benda tak setel ni. Nak hantar borang nikah bulan 10 nanti. Boleh

ambil cuti panjang sket. ^_^




Saturday, September 17, 2011

♥ 90! ♥

Assalammualaikum w.b.t

90!


TERUJA!!! EXCITED!!!

Nampaknya tinggal 90 hari sebelum hari akad nikah kami berdua. ^_^ Berdebar rasanya. Ada beberapa persiapan yang Inn buat masa cuti ni.. Inn dah pergi ke butik pengantin untuk confirm kan tempahan Inn. Alhamdulillah Inn dah terangkan apa yang Inn nak. InsyaAllah akan bekerjasama dengan vendor baik-baik.

Perkara kedua yang Inn buat ialah isi borang permohonan kahwin la..hehe..En tunang dah tolong belikan borang. Semalam Inn pergi beraya dengan mak en tunang. Jadi, en tunang bagi sekali borangnya. Untuk pasangan yang sama-sama dari Johor hantar borang kena sama-sama (menurut kata en tunang la). Jadi, kami kena la cari masa yang sesuai dengan jadual harian kami. Nanti Inn upload gamabar borang ek. Hehe.

p/s: Jadi teruja bila tengok bilangan hari berkurangan dan dapat buat tempahan butik tadi. Hahha

Thursday, September 15, 2011

For My Only Love






Whenever I see you,
Whenever you smile for me
Little by little,
My feelings for you grew
When I think of you now,
When I picture you,
my beating heart doesn’t know how to stop
I can’t hide my feelings anymore
I want to give it all to you
I’m always close to you (next to you)
Can’t I love you?
This heart that wants to protect you more than anyone else,
Can you accept it?
To be the one that’s in your heart (in your heart),
Can’t I be that?
To be the most important person in your life,
Is what I want to be,
so quickly take my heart.
everyday, because of my growing love for you
For the entire day,
I really can’t do anything at all.
Now its no secret
that my heart is filled with love for you
I’m always close to you (next to you)
Can’t I love you?
This heart that wants to protect you more than anyone else,
Can you accept it?
To be the one that’s in your heart (in your heart),
Can’t I be that?
To be the most important person in your life,
Is what I want to be,
so quickly take my heart.
Please tell me now
that you know how I feel
I’m always close to you (next to you)
Can’t I love you?
This heart that wants to protect you more than anyone else,
Can you accept it?
To be the one that’s in your heart (in your heart),
Can’t I be that?
To be the most important person in your life,
Is what I want to be,
so quickly take my heart.
Please understand my heart



I LOVE U SO MUCH MY DEAR!!

Wednesday, September 14, 2011

♥ Good Luck Sayang!! ♥

Assalamualaikum w.b.t

Masih dalam mood raya lagi? Jemput datang umah Inn Ahad ni ye..Ada buat makan-makan sikit anjuran kakak-kakak Inn yang rajin ni..hehe.. Ni sampingan je tapi boleh ucap "GOOD LUCK" juga pada kakak-kakak ni semoga perjalanan majlis lancar hendaknya. Ameen.

Inn nak ucap SEMOGA BERJAYA kepada En Bakal Suami yang saaaangattttt Inn sayang..


En Tunang dah mula kuliah semalam.. Tapi balik kelas terus lepak..hehe..Cian dia penat. Kena ulang-alik JB - Pontian.. Amik masa dalam 30min - 45min perjalanan.. Naisb baik ada kawan maktab dulu join sekali isitu pasangan suami isteri Piju + Ayu (Hana kenalkan..hehe..) Jadi, Inn kena biasakan dengan rutin baru En Tunang. Tak leh nak gedik2 merajuk tak tentu pasal.. hehe.. Lagi pening pale En Tunang tu nanti.. Hehe..

Inn dah buat tempahan kad kahwin..

Alhamdulillah orangnya peramah walaupun belum berkesempatan bersua muka. InsyaAllah dalam masa terdekat Inn akan cuba menjengah ke kedai beliau. Bayaran deposit telah pun dibayar. Menurut Kak Sarina, lepas bayaran dibuat, mereka akan terus buat draft pertama untuk kami. Jadi excited lak!! hehe.. Doakan urusan kami lancar ye. (Nasib baik Inn jenis yang tak cerewet sangat...tapi cerewet bab pakaian dan tudung..hahha...)

Nak share lagi.. En Tunang dah tolong amik kan borang nikah. Sekarang ni kena fikirkan masa yang sesuai untuk buat ujian HIV dan paling penting penggunaan cuti tahunan yang hanya tinggal 10 hari!!! Plus keje berlambak kat ofis sebab semua oran tinggalkan Inn sorang2 kat ofis...  :(
Semua orang cari keje lain dah...Tinggal Inn sorang.. takde yang nak teman ke??

Jumpa lain kali ye!! Selamat Pengantin Baru kepada yang bakal berlangsung majlisnye!! ^_^

Wednesday, September 7, 2011

Special Edition!

3 anak dara Hj Fazri + Hjh Norilah

My Big Family

Raya ke-4

Posing sat na...hehe

The ladies in the house!

The ladies with mamarazi... kihkihkih

♥ 100 ♥

Assalamualaikum w.b.t


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua kawan. Masih dalam mood raya kan.. Jadi boleh ucap lagi kan.. hehe.. Biasa la bila dah dekat rumah mana sempat nak update blog ni.. Anak dara duduk dapur je.. Facebook pun bukak tak sampai 5minit.. hehe.. Konon rajin sangat la kan.. kihkih..


100!

Kalau ikut countdown yang ada tinggal lagi 100 hari sebelum majlis akad nikah Inn dan Pojie.. Kami berdoa agar segala perjalanan majlis berjalan lancar.. Tapi sebenarnya banyak lagi perkara yang tak selesai lagi.. Belum buat confirmation dengan butik pengantin yang Inn tempah tu.. Baju pun tak decide lagi tau..huhu.. Tiba-tiba rasa cuak lak.. :(

Kad pun tak tempah lagi.. Draf nak hantar ke kedai untuk Inn dah ada.. Tinggal tunggu En Bakal Suami uruskan draf untuk bahagian dia.. Sabtu ni insyaAllah akan selesaikan bahagian kad.. InsyaAllah ameen..

Untuk pengapit, Inn dah dapat cari orang.. Alhamdulillah kawan Inn setuju untuk jadi pengapit Inn.. Walaupun ktorg tak rapat sangat tapi ikatan persahabatan antara bapa kami tidak membataskan kami untuk bekerjasama.. Hehe.. Cantik orangnya.. :) Thanks Aja (Syaza Shaman) sebab sudi jadi Maid of Honor Inn!!

Ok la.. Tunggu next entry k!! Tak tau bila next update.. Hehe.. Raya-raya gak..Makan berpada-pada except untuk Inn la..hahhaha...Misi menambah berat badan bermula!! ^_^

XOXO


 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates