Tuesday, May 31, 2011

♥ Tema - Part 1 ♥

Assalamualaikum w.b.t

Seronok bila cite pasal persiapan Hari Besar...hehe...Kali ni Inn cite pasal tema warna untuk hari bahagia tersebut k...


Untuk nikah, kami pilih warna putih..kain nikah tak tengok lagi..hahaha..minggu depan baru balik untuk buat tempahan baju nikah dan pelamin..hehe..Nanti Inn update k... ^_^

Untuk majlis sanding, Inn pilih warna coral and chocolate..

Click here



Untuk majlis bertandang lak, Mr F pilih warna hijau pucuk pisang..tapi Inn pening la nak combine warna hijau dengan warna ape...hijau dengan ungu ok x? huhu..




Yang ni ok x?

Untuk majlis bertandang, Inn dah ada baju pilihan tapi nak pergi ke kedai tu alahai...jauhnya pastu takda yang meneman...huuhu...yang ni ok x?
Tengok kat sini ea..

Setakat ini dulu ye..lain hari Inn sambung lagi ^_^





♥ Dugaan ♥

Assalamualaikum w.b.t

Dugaan...dugaan...dugaan...


Dugaan dalam alam pertunangan pelbagai kan...ada yang datang mengganggu, kelancaran majlis tidak seperti yang kita harapkan dan pelbagai lagi..sebelum bertunang lagi Inn dan Mr. F dah diuji dengan kehadiran orang ketiga...

'Orang ketiga' ni tidak dapat menerima hakikat bahawa kami bertunangan walhal dia dan Mr F baru berjumpa dan kami telah lama berkenalan(couple)...Kami x faham dengan perangai 'dia' ni...Sudah dijelaskan Mr F tiada perasaan terhadapnya tapi masih nak mengganggu hubungan kami...cukup-cukup la tu..kalau benar 'kak' sayangkan Mr F, 'kak' patut mendoakan kebahagiaan Mr F. Bukan buat hidup Mr F makin berserabut dengan perangai 'kak' tu...Saya xnak timbul perasaan yang tidak baik terhadap 'kak'.

Kami sentiasa mendoakan agar 'kak' jumpe dengan jodoh 'kak'..'Kak' dah ada bf sekarang..sayangi dia dan cuba untuk ambil hati keluarganya..

Kepada tunang Inn, Mr. F:
Terima kasih untuk segalanya..Kita berdoa agar urusan kita dipermudahkan dan dikuatkan ikatan kasih sayang antara kita..serta dikuatkan hati menghadapi dugaan sebelum diijab kabul..

Friday, May 20, 2011

♥ Big Day's Preparation ~Checklist Part 1 ♥

Assalamualaikum w.b.t

Ini entry percubaan pertama saya untuk bercerita mengenai persiapan 'Hari Besar' saya. hehe..Excited ada, nervous ada, sume perasaan ada..tapi yang penting saya kena minta izin daripada encik tunang untuk menulis di sini.

Ini senarai 8 bulan sebelum majlis:

1. Tarikh/Waktu/Tempat
~ Nikah (done)
~ Resepsi (done)
~ Bertandang (done)

2. Bajet
~ (Done)

3. Tema dan Gaya
~ Done

4. Pengapit
~ x pk lg...huhu... (sape yang sudi??hehhe)

5. Fotografi
~ En. tunang uruskan

6. Catering
~ Menu (dah bincang tapi belum confirm)
~ Mak ayah uruskan :p

7. Hantaran
~ List dah ada...tinggal beli je

8. Baju nikah
~ Kain dah beli tapi belum tempah..huhu..

Ni dulu kot buat masa sekarang....nanti sambung lagi k!



Thursday, May 19, 2011

My e-Day

Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ini saya akan ceritakan serba sedikit tentang hari pertunangan saya dan en. tunang (Mr. F).. :)

Pada mulanya kami bersetuju untuk tidak bertunang. Hanya merisik dan hantar tanda untuk 'booking'. hehhe..Tapi jadi tunang bila mak saya minta cincin tanda sebagai tunang..hehhe..Kebiasaannya akan ada dulang hantaran pada majlis pertunangan kan. Tapi kami lebih kepada hadiah dan tidak mengikut mana-mana adat. Kebetulan tairkh yang kami pilih untuk ikat tali pertunangan adalah hari kelahiran saya. Jadi, secara tidak langsung menjadi majlis pertunangan serba sederhana.

Gambar di bawah adalah secara ringkas ketika majlis pertunangan kami

 Me and hadiah dari kedua-dua belah pihak :)

Mak Mr. F (merangkap bakal mak mertua..hehe)  dengan bakal adik ipar :)

Me with my lovely parents :)

Ucapan terima kasih kami (saya dan en tunang) kepada ibu bapa kami kerana merestui hubungan kami dan kepada ahli keluarga yang lain kerana sudi bersusah payah untuk kami berdua. Jasa kalian kami doakan agar Yang Maha Berkuasa membalasnya dengan limpahan rezeki dan kesejahteraan hidup dunia akhirat. Amin..


Doakan kebahagiaan kami ye..



Wednesday, May 18, 2011

Fasa Baru

Assalamualaikum w.b.t

Agak lama saya tidak menjengah ke blog ni..hehe..macam biasa tiada topik yang menarik untuk dikongsikan..hehe..Saya selalu mengikuti blog orang lain untuk mencari maklumat dan berkongsi ilmu baru... Banyak betul idea korang yek.. :)

Saya dah memasuki satu fasa baru dalam kehidupan. Saya sudah menjadi tunangan orang dan menghitung hari untuk menuju hari bahagia. :D alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah... Saya mengharapkan doa kalian mengiringi saya dalam menghitung ke arah hari tersebut.. Biasalah nak buat benda baik pasti ada yang datang mengganggu dan tidak suka..Lebih-lebih lagi musuh manusia kan.. hehe.. Saya berdoa agar saya dan tunang kuat dan cekal hati menghadapi dugaan serta sentiasa saling mempercayai.

Setakat ini baru sedikit persiapan yang baru dibuat. Kebanyakan yang menguruskan ialah emak saya.. hehe.. Dia lebih arif tentang semua persiapan manakala saya dan tunang memberi idea dan menolong mana yang mampu dan diperlukan.. Terima kasih kepada mak dan keluarga!! Love u all!! :)



 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates