Thursday, April 29, 2010

Semalam - Shoutul Mujahidin

Assalamualaikum w.b.t

Kawan saya telah mengembalikan memori ketika kami semua (warga KISAS) di bumi waqafan. Rindunya saat itu!

Semalam bersama titian kehidupan
Terasa bagaikan igauan mimpi
Ku tersesat bersama keindahan dunia
Yang tidak menjanjikan apa-apa


Tiada lagi sinar yang bakar menerangi
buat diriku yang di dalam kegelapan
Tiada lagi sinar secerah sang mentari
Diriku tersesat tiada berteman


Kini dikau hadir ketika ku memerlukan
Bersama sejuta pengharapan penuh sokongan
Engkau pimpin melangkah ke destinasi yang diredhai
Diriku terpandu ke jalan kebenaran


Ya Allah Ampunilah Dosa-dosaku
Ya Allah Ampunilahku
buat diriku yang kegelapan
Moga syukurku kan berkumandang


Monday, April 26, 2010

Hikmah Setiap Kejadian

Assalamualaikum w.b.t

Saya tertarik dengan e-card ini dari iluvislam.com



Apabila saya ditimpa suatu masalah, saya akan cuba fikirkan hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Saya sentiasa fikir, ada orang yang lebih susah dan lebih teruk dugaan yang Allah berikan kepada mereka. Allah uji kita sebab Allah sayangkan kita. Betul tak?

Tuesday, April 20, 2010

Dunia Hari Ini

 Assalamualaikum w.b.t

Setelah lama tidak menulis, alhamdulillah digerakkan hati untuk berkongsi topik baru...Mengenai dunia hari ini...terutama melibatkan umat Islam dan generasi muda hari ini...wajarkah jika saya katakan rosak generasi muda hari ini, maka rosaklah generasi yang seterusnya???

Ingin saya kongsikan sabda Nabi s.a.w yang berbunyi :

"Dikhuatirkan, kamu dikalahkan umat-umat, sebagaimana orang makan di atas sebuah pinggan yang besar."
Para sahabat bertanya: "Apakah pada hari itu kita sedikit ya Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak! Namun pada hari itu kamu banyak, akan tetapi kamu seperti buih lautan yang dihempas batu karang. Allah telah mencabut ketakutan dari hati musuh-musuhmu dan meletakkan wahan di dalam hatimu."
Para sahabat bertanya: "Apa itu wahan ya Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w bersabda: " CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI".


Astagfirullah....Jika diperhatikan generasi sekarang, kebanyakan mereka lebih mementingkan budaya hiburan...Lambakan rancangan realiti di media elektronik membuatkan generasi ini terus hanyut dalam agenda musuh Islam...

Malam tadi saya menonton sebuah rancangan realiti yang memasuki musim ke-4...Pelbagai ragam boleh dilihat ketika ujibakat diadakan...Ada yang menangis-nangis, melutut, marayu supaya diterima masuk sebagai peserta untuk rancangan tersebut...Tiadakah pekerjaan lain yang boleh dipohon selain menjadi seorang penyanyi???Ada yang membawa anak kecil semasa ujibakat..Saya terfikir..Mengapa bapa terbabit sanggup mendedahkan perkara lagha atau sia-sia kepada anak yang masih kecil itu???Lebih baik diperdengarkan lagu-lagu yang lebih baik untuk mendidik anak....Ini pendapat saya..

Saya bukanlah insan yang sempurna...tapi kurniaan akal fikiran yang diberikan oleh yang Maha Esa wajib digunakan sebaik-baiknya...Harap diri saya, keluarga, guru dan rakan-rakan sentiasa di bawah rahmat Illahi dan sentiasa ditetapkan hati untuk terus berjuang di jalan Allah...

Amin...

Mampukah aku?

Assalamualaikum w.b.t
Semalam saya balik kerja awal daripada biasa. Sampai rumah dalam pukul 7.15petang. Bersiap-siap untuk solat maghrib terus. Malam tadi ada rancangan yang saya suka tonton. Nanny 911. Hehe. Sambil saya tonton saya berfikir. Bersediakah aku untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri. Ada suami untuk disayang dan anak untuk dibesarkan.

Dalam rancangan tersebut, membuat saya terus berfikir. Mampukah aku untuk mengawal anak-anak dan mengajar anak dengan baik supaya mereka mempunyai akhlak yang baik??? Mampukah aku??? Hmmm...
Mungkin semuanya akan terjawab apabila kita mempunyai anak sendiri dan kehidupan berkeluarga sendiri.. Hehehe..


Jumpa lagi...
 

♥ US? ♥. Thanks to Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates